Pertandingan Reka Poster Digital
16 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Mac 2025, 2 orang pelajar dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Pertandingan Reka Poster Digital yang bertajuk Buli Siber. Pertandingan ini diadakan untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam kalangan pelajar sekolah rendah untuk mereka cipta poster.
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar berumur 7 – 12 tahun dan menggunakan aplikasi Canva.com untuk mereka cipta poster dengan bimbingan daripada petugas NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: